Rabu, Oktober 24, 2012

Contoh soalan ramalan Edu 3103




SOALAN RAMALAN EDU 3013
1. A) Skinner telah mengemukakan teori pelaziman operan beliau telah melakukan kajian ke atas tikus, burung merpati dan manusia. Berdasarkan hasil kajian, Skinner membuat beberapa rumusan ke atas pembelajaran manusia. Berdasarkan rumusan skinner, berikan 5 cara pembelajaran manusia.
Jawapan :
1. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan secara sendiri. ( huraikan )
2. Peneguhan positif adalah rangsangan yang penting untuk menambahkan kebarangkalian gerakbalas pelajar. ( huraikan )
3. Peneguhan negatif diberikan untuk memberikan kesan yang tidak menyeronokkan. ( huraikan )
4. Penghapusan sesuatu tingkahlaku operan yang dihasilkan akan berlaku jika peneguhan tidak diberikan. (huraikan )
5. Dalam proses P & P , konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan. ( huraikan )

B) Teori pembelajaran cerdik akal menyatakan dalam P & P , murid perlu disediakan pembelajaran celik akal agar mereka dapat menenyelesaikan tugasan tanpa mengharapkan guru. Nyatakan 5 cara bagaimana guru boleh menggunakan teori ini kepada murid.
1. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan teori ini dalam menyelesaikan masalah mereka.
2. Guru boleh menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai.
3. Guru menggunakan contoh yang khusus untuk membimbing murid supaya menggunakan cerdik akal bagi mendapatkan kesimpulan / generasasi.
4. Guru mengajar murid dengan pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan dan pengalaman lepas mereka.
5. Guru perlu membekalkan bahan pembelajaran yang lengkap supaya boleh menggalakkan mereka untuk menyelesaikan masalah.





CONTOH Soalan EDU 3103 PISMP (Nov 2010)

BAHAGIAN A (20 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Konsep komuniti pembelajaran mula diperkenalkan oleh Peter Senge yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan prestasi dan keuntungan organisasi koperat.
Dalam institusi pendidikan, khususnya sekolah, melalui komuniti pembelajaran dapat

(A) kerjasama ibu bapa          (B) belajar bersama-sama dalam persekitaran yang selamat
(C) sumber kewangan dan kemudahan          (D) membina rangkaian komuniti

2. Anda ingin melaksanakan aktiviti main dalam pengajaran anda.
Peranan yang perlu diberi pertimbangan dalam proses pembelajaran kanak-kanak adalah

(A) perkembangan persekitaran dan fizikal               (B) perkembangan konsep abstrak
(C) meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
(D) meningkatkan kemahiran tingkahlaku

3. Berikut adalah jenis-jenis main kognitif kanak-kanak kecuali

(A) Main Konstruktif                           (B) Main Fantasi
(C) Main Dramatik                              (D) Main Pemerhati

4. Menurut pandangan Gagne mengenai pembelajaran adalah

(A) bersifat sejagat
(B) boleh mengakibatkan terhasil pelbagai tingkahlaku
(C) membantu menjadikan suasana menyeronokkan
(D) membentuk struktur pandangan yang semakin kompleks

5. Teori Pembelajaran Behaviourisme memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Antara berikut, manakah merupakan pertimbangan yang perlu diberi perhatian oleh guru?

(A) Pemperosesan maklumat                         (B) Pengukuhan berjadual
(C) Maklumbalas berkala                               (D) Cuba jaya dan sensori

6. Teori Gestalt memberi tumpuan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.
Teori ini boleh dikaitkan dengan

(A) Teori Konstruktivisme                               (B) Teori Behaviorisme
(C) Teori Kognitif                                            (D) Teori Humanistik

7. Apabila menggunakan Teori Pembelajaran Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip pelaksanaan berikut perlu ditekankan kecuali

(A) memupuk keupayan mengawal dan manipulasi diri (self-regulation)
(B) memupuk kecekapan meniru dan reproduksi (self-efficacy)
(C) memupuk konsep kendiri positif
(D) memupuk kemahiran meniru model yang sesuai

8. Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja.
Antara berikut, siapakah yang telah menyatakan petikan teori di atas?

(A) Carl Rogers                                               (B) A.H. Maslow
(C) Albert Bandura                                          (D) David Ausubel

9. Sebagai seorang guru, apakah tindakan yang paling sesuai untuk membantu pelajar pintar cerdas?

(A) Menyediakan bahan pembelajaran yang lebih mencabar
(B) Memberi ujian khas yang mengambilkira keperluan pelajar
(C) Meminta pelajar tersebut memimpin kelas
(D) Melibatkan murid tersebut secara aktif

10. Antara berikut, yang manakah cara terbaik bagi membantu pelajar yang bermasalah pembelajaran?

(A) Mengubah bahan pembelajaran jika didapati sukar difahami
(B) Pastikan arahan yang diberi adalah konsisten dan jelas
(C) Buat analisis tentang kesalahan yang dilakukan dan ambil tindakan
(D) Beri penjelasan dengan suara yang cukup kuat serta lantang

11. Apakah yang dimaksudkan dengan model pemperosesan maklumat?

(A) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(B) Guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
(C) Pelajar-pelajar berada dalam satu kumpulan dan menggunakan komputer untuk menyelesaikan tugasan
(D) Pengajaran berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berurutan

12. Salah satu model pengajaran dalam Model Sistem Behavioris ialah pengajaran masteri.
Nyatakan proses pengajaran masteri yang betul.
I. Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks
II. Disampaikan secara individu malalui bahan pengajaran dan pembelajaran
III. Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu sebelum merancang aktiviti
IV. Dijalankan ujian
V. Selepas ujian dipindahkan ke unit yang baru dan yang tidak menguasai kemahiran ulang semula pada bahagian yang tidak dikuasai

(A) I, II, dan III sahaja                                      (B) II, III, dan IV sahaja
(C) I, II, IV, dan V sahaja                                 (D) I, III, IV, dan V sahaja

13. Pernahkah anda mendengar mengenai istilah main peranan? Cuba anda nyatakan apa yang anda faham dengan istilah ini

(A) Main peranan membantu pelajar untuk berdikari dalam membentuk watak yang diberikan kepadanya
(B) Main pernan boleh membantu murid untuk berkenalan antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti dalam kelas
(C) Main peranan akan membentuk murid berkolaborasi untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan rakan-rakan dalam satu kumpulan atau kelas.
(D) Main peranan membantu murid memahami tingkah laku sosial, dan memahami peranan mereka dalam intraksi sosial, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan

14. Dalam model personal guru-guru mestilah berfokus kepada konsep-konsep yang diutamakan oleh ahli-ahli humanistik. Antara model yang menekankan kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti adalah pengajaran

(A) Synetics                                                     (B) fasilitatif
(C) berkumpulan                                             (D) kesedaran kendiri

15. Semasa mengajar di dalam kelas 3B cikgu Azmi mendapati murid-muridnya tidak begitu memberi perhatian. Sekiranya anda berada di tempat cikgu Azmi apakah langkah terbaik untuk mengatasi masah tersebut?

(A) Tegas sewaktu mengajar
(B) Kuatkan suara sewaktu mengajar
(C) Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik
(D) Mengaplikasikan modul-modul pengajaran yang bersesuaian dengan topik pengajaran

16. PENDEKATAN

Induktif   Deduktif   Elektif   X   Tematik
Apakah pendekatan X ?
(A) Personal                (B) Integratif               (C) Naturalistik            (D) mediatif



17. Pernyataan di bawah merupakan tujuan guru menggunakan kaedah sumbangsaran, kecuali
(A) menarik perhatian murid terhadap satu-satu topik yang khusus
(B) memberi peluang murid menjana idea mengenai topik tersebut
(C) mengajar mereka supaya dapat bersosial dalam satu kumpulan
(D) mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu

18. Apakah kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang mempunyai kecerdasan Verbal-Linguistik?
(A) Artisan                                           (B) Pemberita
(C) Ahli teologi                                    (D) Pegawai Kebajikan Sosial

19. Motivasi intrinsik sebenarnya wujud dari dalaman diri individu. Oleh itu motivasi ini amat sukar untuk diterapkan kepada pelajar.Sebagai seorang guru bagaimanakah cara untuk anda menerapkan motivasi intrinsik ini?

(A) Berikan pengalaman mencabar kebolehan mereka
(B) Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik
(C) Berikan ganjaran setiap perubahan tingkah laku yang diingini
(D) Nyatakan matlamat yang ingin dicapai sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula

20. Cikgu Hanif sentiasa memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Kebanyakan pelajar kelas 2D tidak suka apabila cikgu Hanif masu ke kelas. Keadan ini menyebabkan prestasi mata pelajaran matematik yang diajar oleh cikgu Hanif merosot setiap kali peperiksaan.
Jika anda adalah rakan cikgu Hanif apa yang akan anda cadangkan kepada cikgu Hanif?

(A) Mengajar secara kaedah berkumpulan
(B) Berikan tumpuan kepada setiap individu
(C) Membina hubungan yang baik dengan pelajar
(D) Membentuk sifat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar








BAHAGIAN B                      (40 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Pengalaman langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran eksperiential.

(a) Nyatakan dua kaedah yang boleh dilaksanakan melalui pengalaman langsung.
(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(4 markah)

(b) Senaraikan tiga kriteria utama dalam pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum.
(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(iii) ___________________________________________________
(6 markah)

2. Main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi.

(a) Senaraikan dua jenis main kognitif.
(i) _________________________________________
(ii) _________________________________________
(4 markah)

(b) Nyatakan tiga ciri-ciri main.
(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(iii) ___________________________________________________
(6 markah)

3. Apabila guru menyedari kebolehan setip pelajarnya yang mempunyai pelbagai kebolehan maka mudah baginya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga dapat merancang jenis-jenis penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan murid.
(a) Antara contoh contoh penilaian yang boleh diberikan ialah
(i)_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
(iii)______________________________________________________
(iv)______________________________________________________
(V)______________________________________________________
(5 markah)

(b) Nyatakan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(i)_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
(iii)______________________________________________________
(iv)______________________________________________________
(v)______________________________________________________
(5 markah)

4. Teori Atribusi Weiner merupakan salah satu teori motivasi yang menggunakan pendekatan kognitif. Teori ini mempunyai beberapa andaian asas.
(a) Berikan dua andaian tersebut
(i)_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
(4 markah)

(b) Menurut Weiner atribut boleh wujud dalam tiga dimensi iaitu
(i)_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
(iii)______________________________________________________
(6 markah)



5 aspek yang perlu diambil oleh cikgu Linda dalam Pelan Tindakan :
1. Iklim bilik darjah yang merangkumi psiko social dan factor fizikal.
2. Perancangan dan perlaksanaan pengajaran harus berpandukan teori pembelajaran seperti Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme serta teori social ( role model yang baik )
3. Menggunakan pelbagai model pengajaran, kaedah dan teknik serta strategi yang sesuai dengan minat dan kebolehan murid.
4. Perbezaan individu dari segi kecerdasan pelbagai dan kecerdasan emosi.
Golomen kepada Kompetensi peribadi dan social, social terbahagi kepada Empathy dan Hubungan social.
5. Gaya pembelajaran murid
6. Motivasi murid.














BAHAGIAN C   (40 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Guru Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti . Namum begitu, pelajarnya kurang responsif dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya.

(a) Berdasarkan situasi di atas, kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini ? (sintesis)
(b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut? (penilaian)

2. SK Sungai Wang merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi untuk belajar.
(a) Sebagai guru kelas Tahun 6, bagaimana anda dapat memotivasikan mereka demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang dalam UPSR? (aplikasi)
(b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? (analisis)

3. Apabila guru menunjukkan sebiji bola besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1, murid-murid memberi respons bola besi lebih berat.
(a) Berikan sebab berlakunya keadaan sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? (sintesis)
(b) Jika anda adalah guru tersebut, bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum? (Penilaian)

Hubungan Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu



Hubungan Kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Pendidikan peringkat rendah adalah  bertujuan untuk melahikran insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani (JERI) selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 1996).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. (Roselan Baki, 2003).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kita tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan,tidak seharusnya guru-guru terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya terdapat ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, 2003).
Matlamat mata pelajaran Bahasa melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa imu selaras dengan kesesuaian semangat prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, disini dapat  kita fokuskan apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang telah digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat terutama sekali kepada insan yang bergelar murid di Malaysia. Bahawa dengan itu, barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
• Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann sehari-hari;
• Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
• Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
• Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
• Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
• Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
• Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
• Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
• Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
• Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;
• Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.
Kesimpulan
Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti yang dinyatakan di atas, apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat kaitan antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Dengan merujuk kepada definisi Kurikukum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya memikul tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaannya segalanya bermula.
KBSR akan memastikan pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hassan, 1996).
KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat dua masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.
Unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kreativiti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.

 Bahan rujukan;


1.    Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.


1.    Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi. Pusat Perkembangan Kurikulum.


1.    Pusat Perkembangan Kurikulum (2006).Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia.