Isnin, Mac 31, 2014

RPH ASSURE

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3
Matapelajaran                      :           Bahasa Melayu
Rounded Rectangle: 1. A  =  Analyse Learner  ( Analisis Pelajar )Tarikh                                    :           06.03.2013
Kelas                                     :           3 Riang
Bil Murid                               :           25 Orang
Masa                                      :           1 Jam
Tema                                                 :           Kajian Tempatan
Tajuk                                     :           Negeri di Bawah Bayu
Rounded Rectangle: 2. S  =  State   objective   ( Nyatakan Objektif )Hasil Pembelajaran            :           Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat;
Fokus Utama                       ;
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata,frasa,ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 3
i.              Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai.

Fokus Sampingan ;

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

Aras 1
i.              Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.

9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 3
i.              Menyusun maklumat mengikut urutan

Rounded Rectangle: 3. S  =  Select,Modify or make  media  ( Pilih Kaedah, Media  Dan Bahan )Kemahiran Bahasa            :           mendengar,bertutur,membaca,menulis
Sistem Bahasa                    :           Tatabahasa; morfologi-perkataan,
Kosa Kata                            :           Mengelupas,Menurut,Terkenal,Mengubati,Mneghidapi
Pengisian Kurikulum        :-         
Ilmu                :           Kajian Tempatan
Nilai                :           Tolong-menolong,bekerjasama,kasih-sayang,semangat kekitaan
KBT               :-         
KB;menghubungkait,menjana idea,memproses maklumat,menyelesaikan masalah
KP;verbal linguistik,intrapersonal-muzik
BBB                                       :           komputer riba,LCD,Gambar,lembaran kerja,petikan audio
           












Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Catatan

Set Induksi
Rounded Rectangle: 4. U  =  Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan )(5minit)

Murid diperdengarkan lagu “Sayang Kinabalu”

Seni kata lagu “Sayang Kinabalu”
(Lihat Lampiran A)

1.    Guru memperdengarkan lagu “Sayang Kinabalu” dihadapan kelas sambil mengedarkan senikata lagu.
2.    Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan lagu yang diperdengarkan.
3.    Murid menjawab soalan guru berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
4.    Guru mengaitkan pengalaman murid kepada tajuk pengajaran hari ini.

BBB;
Lagu “Sayang Kinabalu” dalam bentuk mp3.
Serta petikan sebahagian audio.

Nilai:
kerjasama

Langkah 1
(15 minit)
Gambar tempat menarik di negeri Sabah.
(Lampiran B)

Soalan guru:
1.    Apakah nama tempat –tempat menarik tersebut?
2.    Apakah nama Universiti yang pertama di Sabah?
3.    Dimanakah letaknya gunung itu?
4.    Mengapakah bangunan itu dibina?
5.    Adakah kita perlu memelihara kawasan pelancongan tersebut?

1.    Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
2.    Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang murid.
3.    Murid diminta memilih ketua kumpulan masing-masing.
4.    Guru mempamerkan gambar tempat-tempat menarik di negeri Sabah dengan menggunakan tayangan skrin putih.
5.    Guru mengedarkan salinan gambar kepada lima kumpulan tersebut.
6.    Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan berkaitan tempat-tempat menarik di Sabah.
7.    Guru memberi masa untuk murid berbincang berkaitan tempat-tempat menarik di Sabah.
8.    Guru memanggil wakil  daripada setiap kumpulan untuk menceritakan tentang tempat-tempat menarik di Sabah berpandukan soalan guru.
BBB;
Gambar

KBT;
KP;
Verbal-linguistik interpersonal

KB;  memproses maklumat, menghubungkait, menjana idea

Nilai;
Kerjasama, kasih sayang, semangat kekitaan

Rounded Rectangle: 5. R  =  Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar )

Langkah 2
(20 minit)

Petikan“Bobolian”
(Lampiran C)

Perkataan Sukar:

a.    Mengelupas-
b.    Menurut-
c.    Terkenal-
d.    Mengubati-
e.    Menghidapi-
(Lihat Lampiran D)

1.    Guru menampalkan petikan cerita rakyat negeri Sabah iaitu “Bobolian”pada papan tulis.
2.    Guru membaca dialog dengan sebutan,intonasi dan gaya bahasa yang betul.
3.    Guru meminta murid membaca petikan dialog dengan bimbingan guru.
4.    Guru meminta murid mengenalpasti watak yang terdapat pada petikan dialog.
5.    Murid membaca petikan “Bobolian” secara individu, kumpulan, dan berpasangan berpandukan bacaan contoh guru.
6.    Guru membimbing murid secara tidak langsung dan memperbetulkan sebutan dan intonasi bacaan murid.
7.    Guru menerangkan makna perkataan yang sukar pada petikan.
8.    Guru meminta murid mengenalpasti perkataan yang sukar digunakan didalam petikan “Bobolian” tersebut.
9.    Murid berbincang dan mengenalpati perkataan yang digunakan didalam petikan “Bobolian” dengan merujuk kamus Dewan.
10. Guru memilih murid secara rawak daripada setiap kumpulan untuk membaca petikan “Bobolian” dihadapan kelas.
11. Murid menyatakan perkataan yang mereka amati dengan berpandukan kepada bimbingan guru.
12. Guru memberi pujian dan penghargaan kepada murid tersebut setelah membaca pantun.

BBB;
Lembaran Petikan,Kamus Dewan,Papan Tulis

KBT;
KB-menghubungkait, menyelesaikan masalah

KP-verbal linguistik

Nilai:
Rounded Rectangle: 5. R  =  Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar )Kerjasama,kasih sayang

Langkah 3
(15 minit)

Petikan “Bobolian”.


Lembaran Kerja Pengurusan Grafi (Peta Minda)
(Lihat Lampiran E)
Latihan Pemulihan (Lihat Lampiran F)

Latihan Pengayaan
Rounded Rectangle: 6. E  =  Evaluate  and Revise  ( Menilai Dan Semak Semula)(Lihat Lampiran G)

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
2.    Guru menerangkan kepada murid menyusun maklumat berpandukan pada petikan.
3.    Guru mengedarkan lembaran kerja Pengurusan Grafik (peta minda) pada setiap kumpulan.
4.    Murid diminta mengenalpasti maklumat yang terdapat pada petikan “Bobolian” .
5.    Guru memberi masa kepada murid menyiapkan hasil kerja.
6.    Guru memberi bimbingan secara tidak langsung semasa murid membuat latihan.
7.     Bagi murid yang lemah mereka akan diberi latihan pemulihan dengan dibimbing oleh guru.
8.    Guru memanggil secara rawak setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja dihadapan kelas.
9.    Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan mereka.
10. Guru memperbetulkan kesalahan jawapan murid secara tidak langsung dan memberikan jaawapan yang betul.
11. Guru memberikan ganjaran berbentuk pujian kepada kumpulan yang membentangkan hasil kumpulan mereka dengan baik.
12. Guru juga memberi penghargaan kepada kumpulan lain kerana dapat menyiapkan latihan pada masa yang ditetapkan.
13. Murid yang berjaya menjawab latihan dengan betul diberikan latihan Pengayaan agar kefahaman mereka lebih mendalam.

Aktiviti Pemulihan
1.    Guru mempamerkan kad suku kata dihadapan kelas.
2.    Guru menyebut kata suku kata tersebut sambil memaparkan kad tersebut di papan tulis.
3.    Murid menyebut suku kata tersebut berpandukan sebutan guru.
4.    Murid ke hadapan kelas menyebut dan menunjukkan kad suku kata tersebut.
5.    Guru menanggalkan kad suku kata tersebut yang telah dilekat dipapan tulis.
6.    Guru meminta murid mencantumkan kad suku kata tersebut semula dengan betul berpandukan kepada ayat yang diberi.
7.    Murid mencentumkan kad suku kata tersebut sambil menyebut suku kata.
8.    Guru memberi pujian kepada murid yang Berjaya mencantumkan kad suku kata tersebut.
9.    Guru member pujian dan galakkan kepada semua murid kerana Berjaya menyebut suku kata tersebut dengan intonasi yang betul.

BBB;
Petikan pantun beserta  gambar, lembaran kerja Pengurusan Grafik (peta minda)

KBT;
KB-menjana idea, menghubungkait

KP-intrapersonal

Nilai:
Kerjasama, tolong-menolong




Penutup (5 minit)
Rumusan isi pelajaran iaitu kognitif dan sosial.

Soalan
1.    Apakah salah satu nama tempat-tempat menarik di Sabah?
2.    Mengapakah kita perlu memelihara tempat-tempat tersebut?

Menyanyikan lagu dengan perasaan gembira.

1.    Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan tajuk pelajaran yang dipelajari hari ini.
2.    Murid menyatakan pelajaran yang dipelajari hari ini.
3.    Guru dan murid menyanyikan lagu  “Sayang Kinabalu” .
4.    Guru merumuskan pelajaran hari ini dengan menerapkan nilai-nilai murni.









BBB;
Lagu Sayang Kinabalu,mp3

KP; muzik