Selasa, Jun 26, 2012

Topik 1: Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Enjin carian merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman sesawang dan kata kunci atau frasa. Sebagai contoh, apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo, maka anda sebenarnya sedang menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat tentang Malaysia. Enjin carian akan mencari kata kunci yang telah dimasukkan dengan kata kunci yang terkandung pada indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman sesawang yang berkaitan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.
Walaupun begitu, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, manakala enjin carian tertentu hanya mengindeks kandungannya sahaja. Umumnya, servis carian internet ini boleh dikategorikan kepada dua:
  1. direktori
  2. enjin pencari 
Contoh enjin pencari maklumat ialah:-
  • google
  • Mozilla Firefox
  • Internet Explorer
  • msn
  • yahoo
Enjin pencari maklumat diatas adalah sebahagian dari enjin pencari maklumat yang dibekalkan oleh pembekal maklumat. Namun begitu, enjin pencari maklumat yang paling popular ialah 'google' dan 'yahoo'.

Tiada ulasan: