Rabu, Julai 04, 2012

ICT Dalam P&P


  • Maksud Penggunaan ICT dalam p&P
Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.
  • Manfaat ICT Dalam Pembelajaran
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
  1. berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
  2. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
  3. meningkatkan motivasi murid.
  4. membolehkan pembelajaran bersendiri.
  5. membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
  7. mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan serta mencabar.
  8. meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
  9. memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
  10. meningkatkan kemahiran ICT.
  • Bagaimana Menggunakan ICT Dalam p&p
Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, a) aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), b) aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT)
Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategorikan sebagai:
  1. Tutorial
  2. Penerokaan (eksploratori)
  3. Aplikasi
  4. Komunikasi
Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

( Sumber rujukan: Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Terbitan; Unit Komputer Dalam Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia; Tahun 2001 )

Tiada ulasan: