Isnin, Julai 16, 2012

Tajuk 4 (i)

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 

PENGENALAN

 Dewasa ini penggunaan teknologi maklumat atau lebih dikenali sebagai internet semakin berkembang pesat. Berdasarkan kepada aspek pendidikan, bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperoleh bukan hanya daripada buku-buku teks tetapi dengan adanya capaian internet maka guru-guru dapat mencari bahan pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Pengguna perlu melakukan penilaian serta pemilihan bahan yang sesuai maka perlulah adanya langkah penyesuaian agar bahan sumber maklumat itu mengandungi unsur yang sesuai dan tidak sesuai. 

KEMAHIRAN DALAM BAHASA MELAYU

Sebelum mendapatkan bahan dari internet, guru perlulah mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran; 

  1. kemahiran berbahasa.
  2. kemahiran bernilai tambah.
  3. kemahiran TMK.
  4. kemahiran berfikir.
  5. KMD.
  6. kemahiran kontekstual.
  7. kemahiran belajar cara belajar
FAKTOR PEMILIHAN BAHANDARI INTERNET

 
 1. sumber
  • jumlah bahan sumber yang terlalu banyak.
2. bebas
  • kebebasan menerbitkan bahan dari internet
3. kesahan
  • bahan tidak memerlukan kesahan

KEPENTINGAN SELEPAS MEMILIH BAHAN DARI INTERNET

Selepas memilih bahan dari internet, guru perlulah mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
  • Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber rujukan bahan.
ii. Isi
  • Menetukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
  • Guru menyemak ejaan dan kesahan yang perlu dibetulkan.

MEMILIH BAHAN SASTERA

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses P&P. Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan dalam P&P. Bahan sastera merangkumi;
  • syair
  • pantun
  • gurindam
  • puisi
  • seloka
  • cerpen
 


Tiada ulasan: