Petikan
Bacaan 1
Anjing
Dengan Bayang-Bayangnya.
Ketika perniaga daging itu sibuk melayan
pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging
lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri.
‘’Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging
aku!’’Jerit perniaga daning dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan
pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan
penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia
tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti
dengan termengah-mengah.
‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi
sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila
melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih
besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.‘Aku mesti
mendapatkan dagingnya itu,’ fikir anjing liar itu.
Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang
dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka
mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.
‘’Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan
makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendiri…’’rungut
si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan