Khamis, September 20, 2012

Penilaian Bahasa



PENILAIAN BAHASA

Penilaian ialah proses yang digunakan untuk membuat keputusan atau pertimbangan nilai daripada beberapa pemerhatian. Oleh itu tujuan menilai dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperolehi daripada hasil penilaian yang dijalankan akan dapat membantu guru memperbaiki pengajaran. Sekiranya penyampaian kurang berkesan, maka guru boleh membuat keputusan untuk menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang difikirkan lebih bersesuaian.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian tersebut, guru boleh mendiagnos kelemahan dan kekuatan pelajar tentang sesuatu topik pembelajaran. Daripada maklumat tersebut juga, guru boleh memberi gred atau markah serta menempatkan pelajar mengikut aliran pengajian tertentu. Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh diklasifikasikan kepada beberapa bentuk seperti penilaian rujukan norma, rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.
  
DEFINISI PENILAIAN BAHASA.

Penilaian boleh dianggap sebagai  proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam at al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ‘delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternative-alternatif keputusan’.
Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.
Secara menyeluruh, penilaian mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. : http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf
Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilain boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interprestasi ukuran.


1.2 TUJUAN PENILAIAN
                     
 

Rajah 1 : Tujuan Penilaian

Sistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Daripada rajah yang ditunjukkan di atas dapatlah diringkaskan bahawa di antara tujuan menggunakan system penilaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah :
o   Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membuat pentafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
o   Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
o   Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan.
o   Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan dating.
o   Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam Rekod Prestasi dan Rekod Profile untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.
o   Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
o Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
o 3. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
o  Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya
o Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
o Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
o   Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
o Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
o   Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Tiada ulasan: